Madrasah tahfiz di mana pelajar Mohamad Thaqif Amin dilapor disebat hingga menyebabkan kematiannya. -Gambar fail PORT DICKSON : Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia meminta semua pihak termasuk orang ramai menghentikan segala provokasi negatif kepada institusi tahfiz di negara ini berikutan kes kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Rabu lepas. Presidennya Manolito Mohd Dahlan berkata adalah tindakan seperti itu adalah tidak adil kerana ia seolah-olah menghukum ke semua madrasah tahfiz di seluruh negara. "Kami bersimpati dan sedih di atas peristiwa menimpa Mohamad Thaqif Amin. Ia adalah yang pertama berlaku sejak kewujudan institusi tahfiz di negara ini pada tahun 1966. Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan yang sewajarnya dalam kes berkenaan. Kes itu tidak wajar menjadi sebab untuk pihak tertentu mendesak kerajaaan menutup madrasah tahfiz dengan alasan pendidikan tahfiz punca kemunduran, kejahatan serta penggalak keganasan," katanya...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah