Kuala Lumpur - Terdapat elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung disini apabila ada mangsa yang terselamat mengatakan bahawa mereka ternampak tong gas kuning diluar bilik asrama. Seorang warden di tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi berkata, sebelum tidur pada jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu asrama itu ketika dia melakukan pemeriksaan. "Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar. "Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya sebagaimana lapor BH Online. Tambah Mohd Arif, dia juga pelik bagaimana dua tong gas bewarna kuning itu boleh berada di situ sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan yang berwarna hijau diletakkan di dapur di tingk...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah