Skip to main content

Posts

Tahfiz Kemahiran Yang Aneh Di SEREMBAN

AKADEMI HUFFAZ ULUL ALBAB (NS0141610-W) didaftarkan pada tahun 6 Feb 2015 sebagai sebuah pusat pengajian Al-Quran , Motivasi dan pengajian ilmu-ilmu islam. Akademi ini bernaung dibawah pengurusan Pertubuhan Kebajikan Ulul Albab (PPM 009-05-07122012). Pertubuhan Kebajikan Ulul Albab menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan . FACEBOOK

Anak Yatim Sambut Hari Jadi Di Tahfiz

Dibuat secara sederhana tapi dia tetap merasakan kasih sayang dari kawan2 dan guru2 seolah berada dlm satu keluarga. Beginilah perasaan adik Syazril bila harijadinya disambut di tahfiz yang baru beliau masuk. CIMB Islamic Bank 8603148207 Huffaz Ad Dawwamah

Kebakaran Tahfiz Quran Ittifiqiyah Angkara Khianat

Kuala Lumpur - Terdapat elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung disini apabila ada mangsa yang terselamat mengatakan bahawa mereka ternampak tong gas kuning diluar bilik asrama. Seorang warden di tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi berkata, sebelum tidur pada jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu asrama itu ketika dia melakukan pemeriksaan. "Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar. "Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya sebagaimana lapor BH Online. Tambah Mohd Arif, dia juga pelik bagaimana dua tong gas bewarna kuning itu boleh berada di situ sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan yang berwarna hijau diletakkan di dapur di tingk...

Tahfir Terbakar - Komen Dr MAZA

Buat sekian kalinya kita mendengar trajedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas; SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA: ANTARA KEMURNIAN NIAT DAN PENGURUSAN YANG LEMAH Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat. Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyiksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibubapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib. Antaranya; 1) Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik. Namun ramai dalam kalangan mereka mungkin tidak begitu memahami ataupun memikirkan secara seimbang apakah yang mereka mahu bagi masa depan anak-anak tersebut. Kalangan mereka, disebabkan tidak begitu memahami agama menganggap hanya dengan belajar di sekolah agama maka itu sudah memadai. Tidaklah mer...

Pelajar Tahfiz Ini Baru Saja Kehilangan Ayah..Alfatihah

Salam takziah buat adik MUHAMMAD DANIAL ASYRAF B. JASMI atas pemergian ayahnya ke rahmatillah awal pagi tadi. Semoga diampunkan dosa2 dan rohnya ditempatkan di kalangan org2 beriman dan beramal soleh.  Tawaran juga dibuka untuk menaja adik Danial Asyraf yang baru kehilangan ayah,umurnya baru 11 tahun sementara ibunya tidak bekerja. Semoga di sisi Allah jua sebaik2 pembalasan. Sesiapa berminat untuk jadi penaja mereka boleh hubungi pengetua Ust Azmir (call/sms/whatsapp) 0123537313 atau email addawwamah@outlook.com atau  boleh bank in ke akaun    RHB Islamic bank   25818700011055  atas nama Maahad Tahfiz Ad-Dawwamah atau Maybank Islamic  558O 97O6 1774 Sebenarnya kutipan yuran bulanan tak mencukupi utk cover overhead bulanan. Walaupun tidak semua anak yatim tapi ramai juga yg tak mampu bayar yuran. Atau kdg2 bayar kdg2 tidak. Tahfiz ini pula terletak di sebuah kampung di Perak yang tidak mempunyai rama...

Jenazah Masih Elok Setelah Sebulan Ditanam

Dari Utsman radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Orang yang paling baik di antara kalian adalah seorang yang belajar Al Qur`an dan mengajarkannya.” (HR. Al-Bukhari no. 4639).

Hentikan Provokasi Negatif Terhadap Pusat Tahfiz Yatim

Madrasah tahfiz di mana pelajar Mohamad Thaqif Amin dilapor disebat hingga menyebabkan kematiannya. -Gambar fail PORT DICKSON : Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia meminta semua pihak termasuk orang ramai menghentikan segala provokasi negatif kepada institusi tahfiz di negara ini berikutan kes kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Rabu lepas. Presidennya Manolito Mohd Dahlan berkata adalah tindakan seperti itu adalah tidak adil kerana ia seolah-olah menghukum ke semua madrasah tahfiz di seluruh negara. "Kami bersimpati dan sedih di atas peristiwa menimpa Mohamad Thaqif Amin. Ia adalah yang pertama berlaku sejak kewujudan institusi tahfiz di negara ini pada tahun 1966. Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan yang sewajarnya dalam kes berkenaan. Kes itu tidak wajar menjadi sebab untuk pihak tertentu mendesak kerajaaan menutup madrasah tahfiz dengan alasan pendidikan tahfiz punca kemunduran, kejahatan serta penggalak keganasan," katanya...