Skip to main content

Posts

Penjaga Rumah Anak Yatim Belasah Anak Yatim Hingga Cedera Parah

Polis menahan dua penjaga rumah anak yatim, kelmarin selepas disyaki membelasah empat kanak-kanak hingga cedera termasuk seorang daripadanya parah di Jalan Belatek, Rasah, Seremban, Rabu lalu. Dua penjaga masing-masing lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 36 tahun ditahan sebaik polis menerima laporan daripada pengetuanya berusia 60 tahun. Kejadian berlaku jam 8.30 pagi dan disedari seorang guru selepas mendapati empat kanak-kanak berusia antara empat hingga tujuh tahun berbirat di muka, kaki, kepala serta belakang badan. Pemeriksaan mendapati empat kanak-kanak itu cedera dan seorang lagi berusia lima tahun parah.

Senarai Rumah Anak Yatim

1. Rumah Anak Yatim Sg. Buaya, Kuala Langat, 42700 Banting, Selangor. 03-31874964 2. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Sabak Bernam, Selangor Parit 1, Jalan Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor. 03-32242849 3. Rumah Anak-Anak Yatim Hulu Kelang Selangor (Rumah Bakti) KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor Darul Ehsan. 03-42568880 http://rumahbakti.blogspot.com/ 4. Rumah Keluarga Kami No.139, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. 03-87367877 http://rumahkeluargakami.blogspot.com/ 5. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Anak Miskin Kelang (PENYAKIN) KM 3, Jalan Meru, Kg. Batu Belah, 41050 Klang. 03-33412513 6. Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) Taman Subang Permai, 47500 Subang Jaya, Selangor. 03-56312664 70 7. Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah Batu 1 1/2 Sg. Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang. 03-33410362 1. ASRAMA DAMAI ( anak yatim kuang ) KM 28.5, Lorong Teratai Kg. Damai Kuang, 48050 Kuang Selangor Tel : 03-6038 2823 Fax: 03-6038 62...

Wakaf Van Untuk Madrasah Tahfiz SAHAM AKHIRAT

"WAKAF VAN UNTUK MADRASAH-SAHAM AKHIRAT" PAHALA JARIYAH Berterusan sehingga hari akhirat. Wakafkan kenderaan untuk madrasah atas -nama Anda -nama Mak -nama Ayah -nama Anak -nama datuk -nama nenek -nama adik-beradik -Nama ARWAH kaum keluarga. Rasullullah S.A.W bersabda: “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara: iaitu sedekah jariah, imu yang bermanfaat, anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim) ============= SALURKAN WAKAF ANDA KE AC HUFFAZ AD DAWWAMAH CIMB Islamic Bank 8603148207 ☎  whatsapp/hubungi : Ustaz Faizul. Mudir Maahad 012 3537313 012 3537313 ============= 1 unit RM100 5 unit RM500 10 Unit RM1000 Dibuka 1060 UNIT WAKAF kenderaan Van Hiace (10 seater) RM106,000.00 ============ 1 UNIT WAKAF bersamaan RM1OO ☎  Message/ whats app: CONTOH WAKAF 1 unit atas nama Halimah binti Ahmad (anak) WAKAF 2 Unit atas nama Muhaimin Bin Hj.Kamal ( Arwah Ayah ) WAKAF 5 unit atas ...

Tahfiz Kemahiran Yang Aneh Di SEREMBAN

AKADEMI HUFFAZ ULUL ALBAB (NS0141610-W) didaftarkan pada tahun 6 Feb 2015 sebagai sebuah pusat pengajian Al-Quran , Motivasi dan pengajian ilmu-ilmu islam. Akademi ini bernaung dibawah pengurusan Pertubuhan Kebajikan Ulul Albab (PPM 009-05-07122012). Pertubuhan Kebajikan Ulul Albab menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan . FACEBOOK

Anak Yatim Sambut Hari Jadi Di Tahfiz

Dibuat secara sederhana tapi dia tetap merasakan kasih sayang dari kawan2 dan guru2 seolah berada dlm satu keluarga. Beginilah perasaan adik Syazril bila harijadinya disambut di tahfiz yang baru beliau masuk. CIMB Islamic Bank 8603148207 Huffaz Ad Dawwamah

Kebakaran Tahfiz Quran Ittifiqiyah Angkara Khianat

Kuala Lumpur - Terdapat elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung disini apabila ada mangsa yang terselamat mengatakan bahawa mereka ternampak tong gas kuning diluar bilik asrama. Seorang warden di tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi berkata, sebelum tidur pada jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu asrama itu ketika dia melakukan pemeriksaan. "Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar. "Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya sebagaimana lapor BH Online. Tambah Mohd Arif, dia juga pelik bagaimana dua tong gas bewarna kuning itu boleh berada di situ sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan yang berwarna hijau diletakkan di dapur di tingk...

Tahfir Terbakar - Komen Dr MAZA

Buat sekian kalinya kita mendengar trajedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas; SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA: ANTARA KEMURNIAN NIAT DAN PENGURUSAN YANG LEMAH Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat. Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyiksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibubapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib. Antaranya; 1) Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik. Namun ramai dalam kalangan mereka mungkin tidak begitu memahami ataupun memikirkan secara seimbang apakah yang mereka mahu bagi masa depan anak-anak tersebut. Kalangan mereka, disebabkan tidak begitu memahami agama menganggap hanya dengan belajar di sekolah agama maka itu sudah memadai. Tidaklah mer...