Yazid Search Masuk Wad, Kini Kritikal | Menerusi update dari Amy Search dan
juga Razlan Kristal, difahamkan pemain drum bagi kumpulan rock terkenal
tanahair, Search kini dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke wad sebuah
hospital.
Belum diketahui perkembangan terkini beliau, marilah kita sama-sama doakan semoga tahap kesihatan Yazid terus berada dalam keadaan baik dan bertambah pulih hendaknya.
Untuk info, Yazid Search sebelum ini pernah dimasukkan ke wad setelah rebah secara tiba-tiba.
Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu.
Comments