Skip to main content

Punca Golongan Kaya Dan Selebriti Desak Sultan Brunei Jual Hotel Di Beverly Hills

Punca Golongan Kaya Dan Selebriti Desak Sultan Brunei Jual Hotel Di Beverly Hills

Beverly Hills mendesak Sultan Brunei supaya menjual sebuah hotel di bandar di Amerika Syarikat yang didiami golongan kaya dan selebriti, selepas baginda memperkenalkan kanun keseksaan yang menggabungkan undang-undang syariah Islam, kata pegawai pada Khamis.
Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan hartawan perniagaan Richard Branson turut mendesak untuk memboikot rangkaian itu, yang memiliki Hotel Beverly Hills. 
Tetapi ketua Dorchester Collection merupakan rangkaian hotel itu berkata, pelaksanaan hukuman itu disifatkan tidak munasabah dan hanya akan memberi kesan buruk kepada kakitangan hotel.
"Tindakan yang diambil itu perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan mata pencarian kesemua mereka (kakitangan)," kata Christopher Cowdray memberitahu ahli majlis perundangan bandar Beverly Hills pada mesyuarat majlis malam Selasa.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada minggu lalu mengumumkan bahawa baginda akan meneruskan dengan pelaksanaan hukum hudud, walaupun mendapat kritikan di negara itu mahu pun peringkat antarabangsa.
Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi pada Khamis lalu, dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk hukuman potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.
Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga.
Majlis Perbandaran Beverly Hills meluluskan satu resolusi pada Selasa yang "mengutuk kerajaan Brunei bagi siri undang-undang yang mengenakan hukuman yang sangat keras, termasuk rejam sehingga mati  bagi homoseksual dan zina."
"Resolusi ini menggesa kerajaan (Brunei) untuk mengubah undang-undang mereka atau untuk melepaskan pemilikan Beverly Hills Hotel bagi memisahkanhotel ikonik yang ketika ini merupakan milik mereka," tambah Datuk Bandar, Lili Rosse. 
Sultan Hassanal Bolkiah memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rom.
Majlis perbandaran berkata, mereka akan menghantar resolusi kepada Jabatan Negara bagi meminta Washington untuk "mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengutuk dasar kerajaan Brunei." 
Amerika Syarikat telah "menyampaikan kebimbangan kita secara peribadi kepada kerajaan Brunei," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki pada Selasa, tetapi ia tidak akan mengikuti usaha untuk memboikot rangkaian hotel mewah milik Sultan Brunei.
Datuk Bandar Beverly Hills menyifatkan undang-undang baharu itu sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak berperikemanusiaan." 
"Mereka mesti memenuhi sokongan kuat untuk hak asasi manusia rakyat Brunei," katanya. - AFP




Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam