Skip to main content

GELARAN DATUK SERI PALSU RM200 RIBU

Gelaran Datuk Seri Palsu RM200 Ribu
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran sindiket yang cuba menipu dengan mendakwa dapat mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan. Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, setakat ini terdapat dua kes penipuan berlaku di negeri yang melibatkan individu mengeluarkan perbelanjaan sehingga RM200,000 bagi memperoleh Darjah Datuk Seri Diraja dengan gelaran Datuk Seri.

“Pada tahun lalu, satu pengurniaan dibuat oleh golongan yang mendakwa beliau adalah Kerabat Diraja Kelantan dan mengurniakan pingat kepada dua individu dari Sarawak dan empat dari Kuala Lumpur. “Kes terbaru pula berlaku pada bulan November lalu, dan pengurniaan darjah itu diumumkan di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina di Sarawak yang menyatakan pengurniaan darjah kebesaran itu diberikan kepada penerima, sempena sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan ke-40,” katanya pada sidang media semalam.
Abdul Halim berkata, tidak ada mana-mana pihak diberi kuasa oleh Sultan Kelantan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran dan melibatkan bayaran kewangan. Mengikut Undang-Undang Darjah Kebesaran Negeri Kelantan katanya, hanya Sultan Muhammad V sendiri mengurniakan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Tuanku pada 11 November setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam