Rahmat Tohak, vokalis kumpulan Mega antara artis yang pernah ditipu Tuhan Harun
beberapa tahun dahulu.
Harun Mat Saad, 47 yang menggelarkan dirinya Tuhan
Harun meminta Rahmat melabur RM6000 untuk skim pelaburan dan menjanjikan akan
mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat.
“Selepas
menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima
manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya
sudah diperdaya,” katanya kepada mStar Online.
Harun menggelarkan dirinya
Tuhan Harun kini berada dalam tahanan polis setelah gagal dalam ikat jamin
melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran
sesat.
Pada 2008, Tuhan Harun dipercayai berjaya mengumpul aset melalui
urus niaga palsu yang dianggarkan bernilai RM200 juta.
Beberapa artis
juga pernah ditipu Tuhan Harun apabila tidak membayar upah mereka selepas
mengadakan persembahan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium
Malawati, Shah Alam pada April 2009.
Mereka ialah Amy (Search), Mawi,
Yantzen, Datuk Jamal Abdillah dan juga Datuk Ramli Sarip. Mungkin lebih ramai
artis ditipu, kata Rahmat.
Pengikut Tuhan Harun kini diburu polis kerana
disyaki terlibat kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Pahang (JAIP).
Related Post:
Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?
Wajah Pembunuh Pegawai JAIP, Mohon Sebarkan! (PDRM)
Related Post:
Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?
Wajah Pembunuh Pegawai JAIP, Mohon Sebarkan! (PDRM)
Comments