Skip to main content

Posts

Pelajar Ini Hafal 30 Juz Quran Dalam Masa Dua Tahun

Tahniah kepada adik Muhd Arif yang berjaya menamatkan hafazan Al Quran 30 juz selama 2 tahun. Sekarang baru berumur 15 tahun. Semoga hafalan Al Quran berkekalan dan menjadikan dirinya bersikap dengan akhlak Al Quran insya Allah. Alhamdulillah pengajian adik ini ditanggung sepenuhnya oleh Tahfiz. Kepada yang ingin memberi sumbangan dalam apa jua bentuk kami terima, boleh hubungi pengetua Ust Azmir (call/sms/whatsapp) 0123537313 atau email addawwamah@outlook.com atau  boleh bank in ke akaun    RHB Islamic bank   25818700011055  atas nama Maahad Tahfiz Ad-Dawwamah atau Maybank Islamic  558O 97O6 1774 ATAU Kaedah Sumbangan Perbankan Dalam Talian & Kad Kredit / Debit (toyyibPay) Sebenarnya kutipan yuran bulanan tak mencukupi utk cover overhead bulanan. Walaupun tidak semua anak yatim tapi ramai yg tak mampu bayar yuran. Atau kdg2 bayar kdg2 tidak. Tahfiz ini pula terletak di sebuah kampung di Perak yang tidak mempunyai ramai kor...

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI AKAN BUAT SOLAT HAJAT

Pihak madrasah mengadakan : Setiap hari Doa Selamat & Solat Hajat ( bagi penyelesaian masaalah diri sendiri, rumah tangga, perniagaan ) Setiap malam minggu Tahlil SEDEKAH ATAS NAMA Maybank  5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah ☎  whatsapp/hubungi : Mudir Maahad 012 3537313 012 3537313 Rasulullah SAW bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a.) bertemu dengan dia,(Uwais Al-Qarni) mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”. *penjelasan Hadith, Bahwa diharuskan meminta doa orang alim&soleh, sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali adalah 10 sahabat dijamin syurga, namun Rasul meminta memohon doa dari Uwais Al-Qarni. -------------------- *LANGKAH-LANGKAH* bagi yg ingin buat : ingin hadir bersama pd majlis serta memberi makan kpd para pelajar. ✔ Mereka sibuk diri dgn amalan agama dari pagi hingga malam ✔ Moga berkat mereka Allah s.w.t terima/perkenankan Hajat dan Tahlil Tuan/Puan ☎...

Surat Mohon Bantuan Anak Yatim

Assalamualaikum w.m.t Kepada, Tan Seri, Dato’ Seri, Tuan dan Puan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ  AD DAWWAMAH Dengan segala hormatnya dengan ini perkara di atas adalah dirujuk 2.   Untuk pengetahuan pihak tuan, Maahad Tahfiz kami yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Ad Dawwamah Malaysia, telah mula beroperasi pada Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 2 orang dan seorang guru. Sehingga kini jumlah pelajar telah bertambah menjadi 25 orang dan 3 orang guru. Pelajar kami datang dari negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Kedah, Pahang dan Sabah. 3.   Pelajar yang datang dari Sabah seramai 8 orang adalah pelajar muallaf yang baru memeluk Islam. Ada di antara mereka yang ibu bapa sendiri belum memeluk Islam. Ada yang telah selamat kami khatankan di sini. Sementara itu sebahagian dari pelajar yang lain pula adalah anak yatim yang kematian ibu atau ayah. 90% daripada mereka tidak mampu membayar yuran asrama. Selama ...

Irfan Khairi: Apa yang saya buat masa mula2 dalat RM1 juta?

  Ramai yang tanya saya, apa yang saya buat dengan pendapatan RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Maklumlah, untuk seorang yang berumur 25 tahun, jumlah tersebut adalah agak besar. Jawapan mudahnya adalah, sebuah rumah dan satu kereta. Kereta pertama saya. Kini boleh dilihat di luar pusat latihan saya Ruang@IKSB menjadi company car! Namun, jawapan yang lebih panjang bukanlah seperti ramai yang akan sangka. Rumah yang dibeli bukanlah rumah hebat bungalow besar. Atau kereta yang dibeli bukanlah kereta sports kereta import impian. Tetapi hanyalah sebuah apartment kecil, dan kereta tempatan, Perodua Kembara. Teringat saya ketika menjalankan perniagaan Internet. Ketika itu saya tinggal di apartment sewa. Sebuah studio flat, tiada berbilik, di situ juga tempat tidur dan kerja. Saiznya dalam lingkungan 3×3 meter sahaja. Cuba bayangkan – ya, memang kecil! Memang ketika itu saya masih lagi muda di awal 20-an, belum mendirikan rumah tangga, belum mempunyai tanggungan apa-apa. Waktu inilah t...

Akibat virus maut COVID-19: 1,517 pelajar jadi anak yatim

  PUTRAJAYA, 25 Ogos -  Sejumlah 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus COVID-19. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jumlah tersebut dianggap amat mendukacitakan dan perlu diambil langkah pembelaan sewajarnya. KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa ini. KPM menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit. Pelbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM. Dalam masa sama, Kementerian turut mengambil inisiatif membuka penempata...

Status Terakhir FB Wanita Ini Macam Dah Tau Ajal Nak Tiba

  "Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada'. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt." Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ? Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, ...

Asrama Anak Yatim Dan Asnaf Ebit Lew Di Gaza

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis, Ebit Lew menubuhkan rumah anak yatim buat anak-anak di Gaza, Palestin. Beliau menyewa dua unit rumah untuk dijadikan Rumah Kasih Umat dilengkapi empat bilik yang setakat ini menempatkan 10 orang anak yatim. “Sebak sayu sangat rasa, jadi saya sewa dua buah rumah untuk dijadikan Rumah Kasih Umat ada empat bilik luas dan selesa. “Setakat ini akan menjaga 10 anak yatim dan mereka yang susah untuk dijadikan tempat tinggal dan kelas-kelas aktiviti anak-anak. “Menangis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan. Saya tidur malam di sini terfikir risau juga. Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup melalui hidup diuji begini,” catat Ebit di Facebooknya, hari ini. Selain itu beliau juga turut berkongsi cerita ziarah di sana. “Kami ziarah satu keluarga, seorang ibu tunggal bersama tujuh anak kecil lagi. Ada seorang tu baby lagi. Ya Allah. Suaminya syahid baru ini asbab serangan bom. Masa mula sampai semua sedih jer. ” Saya tengok ...