Skip to main content

Irfan Khairi: Apa yang saya buat masa mula2 dalat RM1 juta?

 


Ramai yang tanya saya, apa yang saya buat dengan pendapatan RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Maklumlah, untuk seorang yang berumur 25 tahun, jumlah tersebut adalah agak besar.

Jawapan mudahnya adalah, sebuah rumah dan satu kereta.

Irfan KhairiKereta pertama saya. Kini boleh dilihat di luar pusat latihan saya
Ruang@IKSB menjadi company car!

Namun, jawapan yang lebih panjang bukanlah seperti ramai yang akan sangka. Rumah yang dibeli bukanlah rumah hebat bungalow besar. Atau kereta yang dibeli bukanlah kereta sports kereta import impian. Tetapi hanyalah sebuah apartment kecil, dan kereta tempatan, Perodua Kembara.

Teringat saya ketika menjalankan perniagaan Internet. Ketika itu saya tinggal di apartment sewa. Sebuah studio flat, tiada berbilik, di situ juga tempat tidur dan kerja. Saiznya dalam lingkungan 3×3 meter sahaja. Cuba bayangkan – ya, memang kecil!

Memang ketika itu saya masih lagi muda di awal 20-an, belum mendirikan rumah tangga, belum mempunyai tanggungan apa-apa.

Waktu inilah terbaik untuk mulakan perniagaan bak kata ‘you have nothing to lose!’.

Kenalan mengatakan saya seorang yang ‘workaholic’ oleh kerana waktu kerja (masih bekerja makan gaji ketika itu) 9 pagi hingga 5 petang di pejabat. Pejabat pula berdekatan dengan flat dan hanya berjalan kaki sahaja. Sengaja menyewa flat yang dekat kerana ingin jimat.

Tetapi satu lagi sebab saya memilih flat tersebut adalah kerana ia betul-betul dihadapan sebuah rumah yang besar dan mewah! Setiap hari ketika melakukan kerja di komputer saya, saya akan menjenguk diluar tingkap untuk perhatikan rumah tersebut dan dalam hati, satu hari nanti, saya akan memiliki rumah mewah seperti itu!

Waktu luar pejabat 5 petang hingga 2 pagi pula menjalankan perniagaan di Internet. Namun, saya tidak kira saya seorang ‘workaholic’ kerana apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang saya minat dan menggembirakan saya.

Sehingga hari ni, saya tidak menganggap kerja sebagai kerja oleh kerana ‘kerja’ yang saya lakukan adalah amat seronok! Lebih seronok dari menonton TV, surf Internet, dan membuang masa ke perkara yang lain.

Oleh kerana seronok dan minat dengan apa yang lakukan, walaupun gagal dalam perniagaan Internet pada tahun pertama (12 bulan hanya dapat balik modal sahaja), tetapi saya tetap teruskan.

Kejayaan saya bukanlah cara mudah, short cut ataupun semalaman. Tetapi 3 tahun berusaha menjayakan perniagaan di Internet untuk mencapai keuntungan RM1,000,000.

Pendapatan saya bukanlah umpama durian runtuh

Oleh sebab pendapatan saya bukanlah umpama durian runtuh, tiba-tiba mendapat sejumlah wang yang besar. Tetapi sedikit demi sedikit, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, baru mendapat keuntungan RM1,000,000 itu, maka saya sangat sayang dan berkira dengan setiap sen yang dikumpul oleh kerana ianya atas usaha yang keras!

Sebab itu, rumah yang besar dan kereta idaman bukan keutamaan saya ketika itu. Sayang sangat hendak berbelanja besar pada dua perkara ini.

Tambahan, sekiranya membeli rumah bunglow dan kereta mewah, bukannya cukup RM1,000,000 bukan? paling tidak memerlukan RM2 juta… RM3 juta ketika itu. Dan sekiranya ini pilihan saya, maka apa gunanya mempunyai RM1 juta sedangkan kita masih perlu berhutang.

Rumah pertama saya adalah apartment kecil sahaja

Oleh sebab itu, rumah pertama saya adalah apartment kecil sahaja walaupun bergelar jutawan. Tetapi Alhamdulillah saya dapat membayarnya secara cash. Tiada berhutang. Ingat lagi ketika itu harganya adalah sekitar RM200,000 sahaja di Ampang.

Bermula dengan hanya studio flat tanpa bilik, dan kemudian memiliki apartment kecil adalah satu upgrade kepada saya! Sekurang-kurangnya saya tahu bahawa sekiranya terjadi apa-apa pada diri saya, atau hilang punca pendapatan saya, saya masih memiliki apartment untuk melindungi saya, isteri dan anak-anak. Biarlah kecil, tetapi sudah selesa bukan sahaja secara fizikal, tetapi secara mental juga selesa oleh kerana tiada berhutang.

Kemudian tiba masanya untuk membeli kereta pula. Walaupun kereta idaman saya adalah Porsche (ketika bersekolah, saya meletakkan poster kereta Porsche di belakang pintu bilik saya untuk tatapi setiap hari), dan memang cukup duit untuk membeli Porsche ketika itu, namun, saya mengambil langkah berhati-hati. Apa gunanya berkereta mewah sekiranya berhutang sekali lagi.

Kereta pertama saya adalah Perodua Kembara

Oleh sebab itu, kereta pertama saya adalah Perodua Kembara. Dibayar secara tunai juga pada harga dalam lingkungan RM50,000.

Jadi, di mana perbelanjaan wang RM1,000,000 saya ketika itu? Jawapannya hanya membelanjakan RM250,000 pada sebuah apartment dan kereta kecil- tanpa hutang.

Rata-rata kini apabila dilihat usahawan yang baru mencapai kejayaan yang kecil, ataupun bukan usahawan yang baru naik pangkat dalam pekerjaan, terus membeli rumah besar dan kereta besar. Apa yang jadi, hutang juga besar dan kemudian meletakkan diri mereka sendiri dalam satu kitaran bekerja, untuk membayar hutang. Mat salleh menggelarkannya “rat race”. Sebab itu agama kita tidak bersetuju pada konsep berhutang. Apatah lagi yang perlu bayar interest.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya punca pendapatan anda terhenti.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya punca pendapatan anda terhenti. Bayangkan keadaan anda kini. Bayangkan pula keadaan anda dan keluarga anda. Berapa tahun, bulan atau minggu anda dapat survive sekiranya punca utama pendapatan anda terhenti? 6 bulan? 3 bulan? 1 minggu?

Oleh kerana fikirkan soalan ini masak-masak, sebab itu saya tidak membelanjakan wang RM1,000,000 pada kemewahan. Tetapi pada sesuatu untuk melindungi diri dan keluarga sekiranya hilang punca pendapatan.

Inilah kisah saya lebih 15 tahun yang lalu…

Kini, syukur Alhamdulillah, perniagaan telah berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara juga. Pelajar dan pelanggan consultation juga tempatan mahupun global. Apabila pendapatan lebih, dan asas gaya hidup hidup telah dilindungi, maka tak salah untuk bermewah sedikit pada rumah, tanah, melancong, dan kereta.

Ohw ya, Alhamdulillah kini saya memandu kereta Porsche yang merupakan kereta idaman ketika kecil lagi di poster sebalik pintu bilik saya. Namun saya tidak akan lupa perjalanan saya yang bermula dengan hanya kereta Kembara yang merupakan kereta pertama saya. Kini, kereta Kembara itu masih disimpan sebagai company car sebagai peringatan untuk saya. Rumah pula telah upgrade ke rumah yang lebih besar dan selesa untuk keluarga.

Nasihat saya, tidak perlu bekejar-kejar memiliki rumah besar atau kereta mewah, bercuti di luar negara sekiranya itu bukan dalam kemampuan kita. Kadang kala kita lihat seseorang itu segak bergaya, berumah besar dan kereta mewah bercuti di luar negara diletakkan di Instagram dan upload di Facebook, cuma pada hakikatnya, hutang keliling pinggang dan hidup sentiasa tertekan di dalam kitaran rat race. Mudahan dijauhkan keadaan ini dari diri kita, keluarga dan kenalan!

PS: Harap dapat kongsikan perkongsian ini kepada kenalan2 anda! 🙂

SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam