Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Featured Post

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI AKAN BUAT SOLAT HAJAT

Pihak madrasah mengadakan : Setiap hari Doa Selamat & Solat Hajat ( bagi penyelesaian masaalah diri sendiri, rumah tangga, per...

Nuffnang

Bekas Penganut Ajaran Sesat Diarah Mahkamah Berkelakuan Baik Selama Setahun



Hatijah Aam


KUALA LUMPUR Pihak berkuasa agama sama ada di peringkat persekutuan dan negeri termasuk agensi berkuasa yang lain akan terus memantau pergerakan balu pengasas kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam dan pengikutnya.

Ketua Pengarah, Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya meminta Hatijah Aam dan semua pengikutnya supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali sebagaimana mereka pernah menyatakan taubat mereka sebelum ini, namun ia hanyalah retorik dan lakonan semata-mata.

"Oleh itu, mereka mestilah memperkemaskan ilmu pengetahuan mereka khususnya berhubung aqidah dengan merujuk kepada pihak yang berautoriti.

"Kita berharap dalam majlis istitabah yang diadakan hari ini (Jumaat), mereka akan benar-benar bertaubat," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Hatijah Aam dan kira-kira 300 pengikutnya hari ini menyertai upacara istitabah (taubat) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam.

Othman berkata apa yang penting, bukan sahaja mereka mesti bertaubat tetapi semua sistem yang mereka amalkan dalam kelompok Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) mesti berubah kepada sistem arus perdana yang diamalkan di Malaysia.

"Ini termasuklah memastikan anak-anak mereka mengikuti sistem pendidikan yang ada di Malaysia.

"Mereka tidak boleh terus menyisihkan diri mereka daripada mengambil bahagian dan bercampur dengan masyarakat Islam di mana mereka berada dan ini semua perlu dilakukan supaya boleh meyakinkan yang mereka benar-benar insaf dan bertaubat," katanya. -BERNAMA

0 comments: