Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Featured Post

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI AKAN BUAT SOLAT HAJAT

Pihak madrasah mengadakan : Setiap hari Doa Selamat & Solat Hajat ( bagi penyelesaian masaalah diri sendiri, rumah tangga, per...

Nuffnang

Rupa Paras Rasulullah SAW


Diriwayatkan daripada Ibrahim Ibn Muhammad (rahmatullah'alaihi), cucunda kepada Ali (r.a.) bahawa bilamana Ali (r.a.) menceritakan perihal rupa Rasulullah (s.a.w.), beliau selalu menyebut bahawa:

"Rasulullah (s.a.w.) tidak tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh-badan sebagaimana yang terdapat pada orang-orang yang sederhana.


Rambutnya tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi berkeadaan berombak-ombak(ikal).

Badannya tidak gemuk. Begitu jugalah wajahnya tidak bulat tetapi bujur. Warna wajah Rasulullah (s.a.w.) biasa dengan sedikit kemerah-merahan.

Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang.

Tulang tulang sendi di badanya tebal (besar)-(pergelangan tangan, siku lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging (berisi).

Badan Rasulullah (s.a.w.) tidak berbulu - tidak ada bulu-bulu seluruh tubuh badannya, walau bagaimanapun terdapat suatu barisan bulu daripada dada terus ke pusat.

Tangannya yang mulia penuh dengan isi-isi daging.

Apabila Rasulullah (s.a.w.) berjalan, Baginda akan melangkah ke hadapan dengan kukuhnya, seolah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam, menurun daripada tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.

Apabila baginda menumpukan perhatiannya kepada seseorang, baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya (iaitu bukanlah seperti seorang yang bangga diri yang memandang sambil lewa sahaja atau menyorot dengan mata sahaja tetapi baginda akan memusingkan seluruh tubuhnya yang mulia dan menoleh mukanya yang bercahaya untuk memberikan perhatian).

Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir padanya.

Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia. Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia."

0 comments: