Skip to main content

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau. Result PRK DUN Sungai Limau, Update Terkini Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau, Siapa Menang?

YAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.
Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.
Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.
Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi. – mStar
keputusan rasmi prk dun sg limau Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau

 

Keputusan Tidak Rasmi PRK DUN Sungai Limau - PAS menang DUN Sg Limau dgn undi 12,069, BN (10,985) dan majoriti 1,084 undi. -bernamaradio24-

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN Sungai Limau - PAS menang DUN Sg Limau dgn undi (12, 069), BN (10,985 ) dan majoriti 1,084 undi.

‘Kaki’ Ustaz Azizan Kena Potong Bersepah Di Sungai Limau

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam