Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Featured Post

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI AKAN BUAT SOLAT HAJAT

Pihak madrasah mengadakan : Setiap hari Doa Selamat & Solat Hajat ( bagi penyelesaian masaalah diri sendiri, rumah tangga, per...

Nuffnang

Petua Imam Syafie Untuk Lelaki

Berikut adalah pesan/petua Imam Syafie untuk lelaki:

✿Empat perkara menguatkan badan:
  1. Makan daging
  2. Memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. Berpakaian dari kapas
✿Empat perkara melemahkan badan:
  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan yang masam

Pesan dan Petua Imam Syafie Untuk Lelaki
✿Empat perkara menajamkan mata:
  1. Duduk mengadap kiblat
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang yang hijau
  4. Berpakaian bersih
✿Empat perkara merosakan mata:
  1. Memandang najis
  2. Melihat orang dibunuh
  3. Melihat kemaluan
  4. Membelakangi kiblat
✿Empat perkara menajamkan fikiran:
  1. Tidak banyak berbual kosong
  2. Rajin bersugi (gosok gigi)
  3. Bercakap dengan orang soleh
  4. Bergaul dengan para ulama
✿Cara Tidur:

1. TIDUR PARA NABI
 - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
 - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
 - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
 - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wallahu'aklam (Petua Imam Syafie Untuk Lelaki).
 

0 comments: