KUALA LUMPUR – 31 orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun diarahkan menyerah  diri kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia bagi membantu  siasatan kes pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang  (JAIP) semalam.
“31 pengikut Tuhan Harun yang diarahkan hadir ke pejabat agama  tersebut eloklah menyerah diri sebelum kami mula mengesan mereka,” katanya  ketika ditemui di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh  sebelum sebarang tangkapan dibuat.
Malah katanya, kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan agama  kerana mangsa merupakan seorang yang aktif dalam membanteras isu ajaran  sesat.
Dalam kejadian semalam, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Mohd  Raffli Ab Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya.
Ketiga-tiga suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta  Proton Wira Aeroback berwarna putih sejurus selepas mangsa ditembak.
Comments