Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Kisah Benar Mimpi Bertemu Syuhada' Rabaah



Tulisan Asal : Dr Ahmed Ghonim
Ditulis semula : Krew Pilihanraya Mesir

Aku bermimpi ajaib malam semalam. Seolah - olah aku sedang berdiri sambil memerhati dari jauh beberapa mayat syuhada' Rabaah yang telah dikafankan. Tiba - tiba, seorang perempuan agak berumur mendekatiku tergesa - gesa. 

" Anak ni doktor kan? " soalnya.

" Ya saya " jawabku ringkas.

Lantas air matanya mengalir sebak.

" Ada 2 mangsa yang orang ramai mahu kebumikan, kerana mereka tidak bernafas lagi. Tapi mereka berdua belum mati lagi. Mari, tolong periksa mereka " pinta perempuan itu, teresak - esak.

Tetapi aku terpaksa menolak pemintaannya.

" Mereka berdua itu dari hospital. Doktor di sana telah memberitahu tentang kematian mereka, dan saya mengesahkannya " jelasku padanya.

Perempuan tersebut berkeras dengan pendiriannya, lalu menarik tanganku.

" Mari kita lihat dengan lebih dekat " kata perempuan tersebut.

Lantas kami segera mendekati dan membuka kain yang menutupi muka 2 syuhada' tersebut. Aku terus terkejut. Syahid yang pertama, Amir Badir, sedang tersenyum manis padaku. Syahid disebelahnya pula - yang aku lupa namanya - sedang bersembang dengan orang ramai di sekeliling.

Hatiku berdebar. 

" Mereka ini ... hidup .. di sisi Tuhannya .. mereka adalah .. Syuhada " kataku tersekat - sekat.

Aku terus tersedar dari mimpi. Jam di dinding menunjukkan pukul 6 pagi. Azan subuh baru sahaja berkumandang. Aku terus berwudhu' untuk mengerjakan solat, dan aku berdoa kepada Allah agar memilihku dan mengikuti jejak langkah para syuhada' dan orang soleh.

“ Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.” (Q.S. Ali Imran 169)

0 comments: