Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Kerajaan, JAKIM Perlu Pantau Aktiviti Maksiat Di Laman Social.



SHAH ALAM: Kerajaan perlu memantau pengguna laman sosial yang semakin berani mempersendakan undang-undang dan tidak menghormati agama, tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.



Menurut beliau, masyarakat kini terutama remaja semakin bebas menyalahgunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya memuat naik gambar dan video yang berunsur lucah.   

Justeru, pemantauan dan didikan perlu diberikan kepada remaja yang menjadi majoriti pengguna 'tegar' laman sosial dengan segera.

"Kita kena kembali kepada pendidikan asas kita dan undang-undang, perlu ada panduan untuk penggunaan, apa pun yang kita guna perlu ada panduan.

"Kita kena didik masyarakat kita supaya menggunakan Facebook ini secara berhemah ataupun kerajaan perlu mengadakan sistem undang-undang yang berkaitan untuk kawalan," katanya kepada Antarapos.

Baru-baru ini di laman sosial Facebook gempar dengan penyebaran gambar lucah seorang gadis 'Fatihah Hakemi' sebagai pemilik akaun bersama-sama teman lelakinya.

Gadis yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pahang memuat naik gambar percutiannya bersama pasangannya itu di Cherating Pahang Jun lalu.

Lebih teruk lagi, akauan Facebook 'Fatihah Hakema' juga mengeluarkan kenyataan merendahkan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani isu zina di negara.

Ujar Nadzim jika perkara ini tidak dicegah dengan segera, bimbang remaja generasi akan datang berhadapan dengan pengaruh buruk daripada penggunaan laman sesawang dalam era moden yang semakin canggih ini.

Akibatnya kelak tambahnya, masyarakat yang lebih berusia dan berpengalaman dari aspek agama yang bakal dipersalahkan kerana gagal membentuk masyarakat.

"Kalau tidak ada kawalan maknanya kita sendiri salah sebab kita membiarkan sebab tabiat manusia ini tidak ada batas," tegasnya.

Beliau selain itu menambah, pihak JAKIM perlu mempergiatkan lagi usaha untuk menghindari gejala makziat daripada terus menjadi amalan harian yang jelas bertentangan dengan agama Islam.

Jika kerajaan dilihat memegang peranan memantau penyalahgunaan laman sosial, JAKIM pula jelas Nadzim perlu membuktikan kredibiliti pihak itu tidak mudah untuk perlekehkan.

"Pihak JAKIM bersama dengan PDRM perlu ambil tindakan kalau tidak lagi tidak nampak kredibilitinya (punah)," tambah beliau.

Terbaru, gadis itu dilaporkan mendakwa akaun Facebook tertera nama beliau dipalsukan oleh bekas teman lelakinya.

Penyebaran foto bogel tersebut dikatakan tindakan balas dendam terhadap gadis yang dikenali sebagai Fatihah Hakimi kerana memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya, beberapa bulan lalu.  

Berdasarkan siasatan, akaun bernama Fatihah Hakema yang memuat naik gambar panas pasangan itu adalah palsu dan dicipta oleh bekas teman lelaki penuntut tersebut untuk mengaibkan mangsa dan keluarganya.
 
Difahamkan laporan polis yang dibuatnya semalam merupakan laporan kedua.

Laporan pertama pernah dibuatnya pada April lalu yang mengadu sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).
 
Mangsa bagaimanapun mengakui bahawa foto yang tersebar didalam akaun Facebook tersebut adalah foto lamanya ketika masih dalam hubungan dengan teman lelakinya.-antarapos 





0 comments: