NUSAJAYA : Untuk mengelakkan
anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan
saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman
lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman
Nusantara di sini.
Beberapa bulan lalu pasangan
berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu,
namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si
perempuan turut bersekongkol.
Bagaimanapun, kelakuan
mengaibkan dua beranak itu terbongkar hasil intipan penguat kuasa Jabatan
Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan
Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.
Pengerusi Biro Keselamatan
Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua
beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur
di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.
“Pasangan berusia 20-an itu
seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik
teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan
mereka berdua-duaan di rumah.
“Ibu gadis itu berusia 50-an
mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman
lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil
memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi
perbuatannya.
Sementara itu, Ismail berkata,
terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang
tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurutnya, gadis itu
mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.
“Selepas diberi amaran, gadis
itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan
mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang
Patah berada di dalam bilik tidurnya.
“Pasangan itu diserahkan
kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman
serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,”
katanya.
Sementara itu, Imam 1 Taman
Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras
kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan
itu.
“Kami berharap supaya golongan
anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang
dijalankan,”
Comments