Skip to main content

Keadaan Dunia 7 Tahun Selepas Kematian Dajjal

Keadaan Dunia Tujuh Tahun Selepas Kematian Dajjal

Setelah matinya Dajjal, manusia kemudian hidup dengan damai selama 7 tahun. Tidak ada permusuhan di antara mereka. Akhirnya Allah mengutus angin yang sejuk dari arah Syam.

Maka setiap orang yang di dalam hatinya mempunyai kebaikan dan iman walaupun seberat biji sawi, akan dicabut nyawanya. Sehingga seandainya seseorang masuk ke tengah gunung nescaya angin itu akan mengejar dan mencabut nyawanya.

Maka tinggallah orang -orang yang jahat di muka bumi. Mereka hidup seperti burung (berlumba dalam kejahatan) dan berjiwa seperti binatang buas yang saling bermusuhan dan mendholimi.

Mereka tidak mengenal kebaikan dan tidak menolak syaitan di tengah-tengah mereka, syaitan berkata, "Tidakkah kalian menyambutku? " Mereka bertanya, "Apa yang engkau perintahkan kepada kami?"

Maka syaitan memerintahkan mereka agar menyembah berhala. Padahal ketika itu mereka mendapat rezeki yang terus mengalir dan kehidupan mereka makmur sekali. Kemudian ditiuplah sangkakala tanda hari kiamat telah datang.

Tidak seorangpun mendengarnya melainkan mengalihkan perhatian dan mengangkat kepala.

Orang yang pertama kali mendengarnya adalah orang yang sedang memperbaiki telaga untanya. Maka orang itu kemudian mati. Selepas itu mati pula seluruh manusia.

Kemudian Allah menurunkan hujan gerimis. Maka tumbuhlah jasad-jasad manusia kerananya (kembali ke asal penciptaannya ). Kemudian ditiuplah sangkakala untuk kedua kalinya. Saat itu bangkitlah manusia untuk menunggu ( keputusan Allah ).

Kemudian dikatakan " Wahai sekalian manusia marilah menghadap Rabb kalian. Tegakkan mereka kerana mereka kan ditanya oleh Allah. "

Kemudian dikatakan, " Keluarkanlah bahagian untuk menjadi penghuni neraka. "
Terdengar jawaban " Berapa? "

"Dari setiap seribu orang sembilan ratus sembilan puluh sembilan untuk jadi bahagian penghuni neraka "

Maka itulah hari kiamat yang membuat anak kecil segera beruban (putih rambutnya ) , dan pada hari itu terbukalah segala kedahsyatan . [Sumber : Hadist Abdullah bin ' Amr bin Al-' Ash, riwayat Muslim dalam Riyadhus Sholihin No.1810 ]


Related Post:
Pulau Socotra Yemen Pulau Dajal Dirantai?
Mekah Musnah Pada Hari Jumaat!!!
Konflik Syria Petanda Akhir Zaman


Sumber: http://www.ohdunia.my





Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam