Apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau di Malaysia Januari 2014. Kenapa cuaca di Malaysia menjadi semakin sejuk? Maklum balas Jabatan Meteorologi mengenai 3 Punca Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia. Fenomena Cuaca Sejuk luar biasa ini mulai trending di media sosial dan menjadi topik hangat diperkatakan.
Keadaan Cuaca di Malaysia semakin sejuk hingga mencatat bacaan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius menimbulkan persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia. Media Massa juga banyak menyiarkan aduan orang ramai mengenai perubahan iklim yang menggemparkan ini sehingga timbul rumours bahawa Salji akan turun di Malaysia tidak lama lagi..
Maklum balas Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi mengenai keadaan cuaca dan suhu udara yang sejuk melampau yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada pertengahan Januari 2014 adalah di sebabkan beberapa faktor tertentu. Berikut ialah 3 Punca Cuaca Sejuk Melampau berlaku di Malaysia.
- Tiupan Angin Musim Sejuk dari tanah besar China
- Litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia
- Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum di Malaysia
SALJI TURUN DI INDONESIA TIDAK BENAR
Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun. Punca Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia.
CUACA SEJUK MELAMPAU BERAKHIR FEBRUARI
Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan iaitu awal Februari 2014. Sila rujuk Laporan penuh Jabatan Meteorologi Malaysia
Comments