Anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan sering berlaku dari masa ke masa. Namun, kematian akibat Covid-19 pada waktu yang hampir sama dan berturut-turut adalah sangat mendukacitakan. Gambar hiasan
TRAGEDI anak-anak yang masih kecil kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19 begitu menggusarkan mutakhir ini.
Antara kisah pilu yang menyentap perasaan orang ramai ialah peristiwa lapan beradik di Bukit Beruntung, Selangor yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh selang tiga hari akibat wabak tersebut.
Si bapa, Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, pada 18 Julai.
Di Negeri Sembilan, lima beradik menjadi yatim piatu apabila si ayah, Rodzi Tahar, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 31 Mei lalu, manakala ibu mereka, Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan seorang anak tunggal berusia 12 tahun kini hidup tanpa ibu dan ayah. Kedua-duanya meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor selang empat hari menjelang sambutan Aidiladha yang lalu.
Anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan sering berlaku dari masa ke masa. Namun, kematian akibat Covid-19 pada waktu yang hampir sama dan berturut-turut adalah sangat mendukacitakan.
Situasi ini seiring dengan peningkatan 9,403 kes kematian akibat Covid-19 setakat Selasa, mengatasi jumlah kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya iaitu sebanyak 4,634 kes tahun lalu dan 6,167 pada 2019.
Implikasi kehilangan ibu bapa adalah begitu besar kepada anak-anak yang masih kecil.
Sumbangan Diperlukan Untuk Renew Roadtax Van Tahfiz
Comments