Skip to main content

Senyuman Bermakna di Asrama Asnaf dan Anak Yatim

 

MGF09082020_PROGRAM-TANGGUNGJAWAB-SOSIAL-KORPORAT-MG39
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bergambar dengan Warden Asrama Rumah Anak Yatim Darul Taqwa, Nadhirah Mokhtar serta anak-anak yatim yang lain pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysia Gazette di Asrama Rumah Anak Yatim Darul Taqwa, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2020

KUALA LUMPUR – Senyuman manis dan penuh ceria tergambar di wajah penghuni Rumah Anak Yatim Darul Taqwa walaupun ditutupi pelitup muka apabila menerima barangan basah seperti ayam, daging dan ikan bagi keperluan harian mereka.

Warden rumah itu, Nadhirah Mokhtar berkata, sumbangan itu amat bermakna bagi mereka dan berterima kasih atas keprihatinan dan ingatan orang ramai walaupun negara masih di selubungi pandemik Covid-19.

Jelas beliau, ramai yang ingin memberi sumbangan dan menerima jemput mengadakan program namun perlu akur dengan prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan.

“Alhamdulillah sejak perintah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang memberi sumbangan namun kami terpaksa menolak dengan baik bagi aktiviti di rumah.

“Pada masa sama, barang-barang keperluan kering tidak pernah putus dan stok masih ada. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada kami selama ini,” katanya.

MGF09082020_PROGRAM-TANGGUNGJAWAB-SOSIAL-KORPORAT-MG45
Warden Asrama Rumah Anak Yatim Darul Taqwa, Nadhirah Mokhtar bercakap kepada media pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysia Gazette di Asrama Rumah Anak Yatim Darul Taqwa, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2020

Beliau berkata demikian pada program Tanggungjawab Sosial Korporat MalaysiaGazette yang melawat rumah berkenaan di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarang MalaysiaGazette, Noraini Razak.

Pada program itu, penghuni di antara umur tujuh hingga 17 tahun dan kakitangan rumah tersebut turut menikmati hidangan makan tengahari.

Rumah Anak Yatim Darul Taqwa yang memiliki 16 penghuni anak yatim dan asnaf itu sebelum ini terletak di Sungai Besi namun terpaksa berpindah kerana pembinaan kerja-kerja rkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

MGF09082020_PROGRAM-TANGGUNGJAWAB-SOSIAL-KORPORAT-MG41
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysia Gazette di Asrama Rumah Anak Yatim Darul Taqwa, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2020

Mengulas lanjut, Nadhirah, 24, berkata, pihak pengurusan sentiasa menekankan pendidikan akhlak dalam kalangan penghuni agar seimbang dalam kemajuan mengejar teknologi dan material.

Jelas beliau, penghuni akan mengikuti pembelajaran secara normal di sekolah kebangsaan termasuk kelas tambahan pada hari minggu.

Namun lulusan Universiti Zainal Abidin itu menjelaskan, aktiviti membaca Al-Quran, qiamulai dan jemputan membuat tahlil tidak dilupakan.

“Bagaimanapun mereka tetap diberi peluang untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan agar dapat meneruskan kehidupan seperti anak-anak lain yang yang bernasib baik dapat tinggal di rumah bersama keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette

Asrama Dan Pusat Asuhan Anak Anak Yatim & Asnaf

Sumbangan untuk Anak Yatim 

melalui 

TOYYIBBAY.COM

Ad Dawwamah



https://api.qrserver.com/v1/create-qr-code/?size=300x300&data=https://toyyibpay.com/Akaun-Tahfiz

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam