Skip to main content

Panduan Urus Rumah Tangga Waktu PKP

 Keganasan rumah tangga semasa PKP

Laporan daripada luar negara menunjukkan satu krisis yang menakutkan, iaitu peningkatan kes keganasan rumah tangga semasa penularan wabak COVID-19 ini. Hampir satu perempat daripada penduduk dunia sedang menjalani perintah penyekatan atau lockdown. Amat menakutkan apabila talian aduan organisasi berkaitan mula menerima peningkatan kes keganasan rumah tangga.

Sebuah pertubuhan amal terbesar berkaitan keganasan rumah tangga di Eropah telah melaporkan peningkatan sehingga 700 peratus jumlah panggilan yang diterima setiap hari semenjak perintah lockdowndilaksanakan. Begitu juga di Turki, para aktivis hak asasi wanita di negara tersebut telah mendapati peningkatan jumlah panggilan untuk mendapatkan bantuan daripada mangsa keganasan rumah tangga. Situasi yang sama juga dilaporkan di negara China, Sepanyol, Jerman, Perancis, Kanada dan Australia. Di United Kingdom (UK), polis telah menerima peningkatan 32 peratus aduan berkaitan keganasan rumah tangga dengan kes paling tinggi dilaporkan di Paris, iaitu 36 peratus. Justeru, sebagaimana dilaporkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 April 2020, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, telah menggesa kerajaan di seluruh dunia agar turut melindungi wanita susulan penyebaran virus pandemik COVID-19.

Bagaimana pula keadaannya di negara kita? Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia yang komited dengan usaha menentang keganasan terhadap wanita, telah menerima sebanyak 14 peratus peningkatan bilangan panggilan dan aduan menerusi WhatsApp berkaitan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan wanita. Data peningkatan ini merujuk situasi sepanjang fasa 1 PKP, iaitu dari tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 berbanding tempoh separuh pertama bulan Mac 2020. Dalam masa yang sama, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan peningkatan kes keganasan rumah tangga yang diterima melalui Talian Kasih kementerian itu, dan menjelaskan bahawa peningkatan jumlah panggilan adalah untuk semua kategori, termasuk panggilan berhubung COVID-19, rujukan kes bantuan dan kes kaunseling. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan Malaysia telah mengambil maklum berkenaan kemungkinan peningkatan kes keganasan rumah tangga sepanjang pelaksanaan PKP. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan segera terhadap sebarang laporan berkaitan isu ini.



Bagaimana menangani keganasan rumah tangga semasa PKP?

Setiap keluarga perlu cuba untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian rumah tangga semasa PKP ini. Tidak dinafikan, lumrah semula jadi manusia akan mudah memberontak apabila mereka dihalang daripada melakukan perkara yang mereka ingini atau gemari, sebagai contoh tidak dapat keluar untuk memenuhi kehendak sosial mereka semasa PKP. Namun, kita perlu sentiasa ingat bahawa perintah ini adalah untuk kebaikan kita semua, demi membendung wabak ini daripada terus merebak.

Sekiranya berlaku kes keganasan rumah tangga, mangsa tidak boleh berdiam diri. Sama ada mangsa atau ahli keluarganya yang terkesan bersama mangsa, amat penting untuk mereka mendapatkan bantuan dan keluar dari situasi keganasan ini. Hal ini tidak mudah untuk dilakukan atas banyak sebab antaranya mungkin mangsa berasa takut keadaan akan menjadi bertambah teruk jka pemangsa mengetahuinya atau mangsa terpaksa bergantung kepada pemangsa untuk kelangsungan hidup. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melakukan keganasan dan tiada seorang pun yang perlu menjadi mangsa.

Jika kita sebagai jiran atau rakan yang mengetahui kejadian keganasan ini, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membantu mereka. Kita perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita, dan sering bertanya khabar. Walaupun kita tidak dapat menziarahi mereka secara fizikal, terdapat banyak saluran lain yang boleh dimanfaatkan, seperti telefon, WhatsApp dan sebagainya.

Berikut merupakan langkah yang boleh diambil bagi menghentikan kes keganasan rumah tangga:

  • Hubungi 999 atau ke balai polis yang berdekatan – jika dalam kecemasan, mangsa boleh terus hubungi nombor kecemasan ini, atau cuba untuk pergi ke balai polis yang berdekatan.
  • Hubungi Talian Kasih di 15999 – talian 24 jam ini adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Orang ramai juga boleh menghantar WhatsApp kepada mereka di talian 019-2615999.
  • Dapatkan bantuan perubatan – jika mengalami kecederaan, mangsa perlu segera pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
  • Hubungi Talian Bantuan WAO – talian 03-7956 3488 atau WhatsApp 018 988 8058 beroperasi selama 24 jam setiap hari sepanjang PKP.
  • Hubungi Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) - talian +6011-576 95171 merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga.
  • Hubungi JAKIM – khidmat nasihat kekeluargaan, kemasyarakatan dan kerohanian disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di talian 03-88707519/7527/7528.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama mengambil peluang untuk menjadikan tempoh PKP ini sebagai satu medium untuk kita menambahkan keharmonian keluarga kita.

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam