Skip to main content

10 Kelebihan Menjadi Lelaki Tak Kacak

 
1) Tidak menjadi perhatian ; bukankah satu kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu
     kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan orang kepada kita. Ye
     lah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai apa pun, buat facial atau nice hair cut pun,bukannya
     orang perasan. Aku la tue..Hahahaha 


2) Tidak dikejar ; Ya.. Ini juga satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga
     mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh wanita-wanita di luar sana. Cuba
     bayangkan kalau asyik digoda berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan juga
     (terkalahkan...tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak ayam, tauke tukang urut ++, serta
     datin-datin puan sri-puan sri yang kurang kasih sayang. 


3) Tidak dianggap gay ; ini amat menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak
    menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan metroseksual. Bila seseorang itu
    metroseksual, boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat dangerous kerana tanpa
    sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri korang akan
    mula mencari lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora. (Uwekk! Aku
    rasa loya sekarang! ) Sekarang nie dah la this gays amat berani dan merata-rata. Memang orang cakap
    lelaki memang jarang mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual itu
    homoseksual okay? Aku? Species tak jaga muka. Takde masa... 


4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya” ; apabila wajah yang
    kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak langsung hati budi dan kesantunan
    tutur kata serta perilaku akan menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang
    prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap muka jer macho tapi hanco!” atau
    “muka jer hensem tapi satu sen haram pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak,
    kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha 


5) Mengahwini wanita yang best ; bukankah amat seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan
    lelaki, yang mengahwini anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu mencintai
    seseirang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang kerana rupa korang yang hensem lah sangat
    tue akan hilang jua dimamah usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap
    akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka tahu umur anda yang sebenar. 


6) Mengahwini wanita yang lawa ; aku tak tahu kenapa mengikut pengalaman aku pergi kenduri-kendara
    sebelum nie, kalau isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti...erm... tak berapa hensem. I don’t
    know why. Aku masih mencari sebab untuk yang ini. Kalau tahu suggest lah kat aku. Mungkin sebab
    wanita yang cantik sibuk mencari lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita
    yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak. Hahahaha 


7) Boleh berjimat ; kalau anda seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu
    tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk sikit pun orang nak sibuk.
    Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh, pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda
    dapat diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk penjagaan wajah tak
    kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin
    juga ada yang pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau kita tak kacak,
    orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun
    rumah anak-anak yatim serta tabung surau. 


8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah) ; sekarang ratio lelaki dan wanita
    amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan,
    yang berpeleseran, tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita mungkin akan
    bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak,
    mungkin wanita-wanita itu tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang anda
    kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah desperate sangat sampai orang yang tak
    hensem pun dorang nak sapu jugak. Hm... 


9) Terhindar daripada gossip ; bukankah kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi
    sudah pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik mulut longkang yang takde
    keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan
    menawarkan anda peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta pasaraya
    bintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan
    mana-mana artis. Suka tak? Hahahahaha 
10) Yang terakhir tapi bukan yang paling kurang (last but not least), Menjadi Penyabar yang baik 
       ; jika anda tidak kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina anda
       secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata tue hensem sangat kan.. Baru
       pakai fair and lovely sekali dah declare muka hensem. Herh... Sekiranya anda menjadi mangsa atau
       menjadi objek bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue, calarkan motor
       dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia, sebaliknya lebih anda simpan dendam itu,
      dan leburkanlah ia sebelum tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan
      menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda solat tahajud ataupun solat hajat,lagi baik.

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam