Assalamualaikum.
Aku ni bukanlah kuat agama sangat tetapi memandangkan isu zina ini berkaitan dengan perkara perkara yang termasuk dalam lingkungan minat aku iaitu kriminologi, islam, etika dan sosiologi serta sudah ramai orang yang rapat dengan aku seperti kawan, saudara mara dan jiran yang terlibat dengan gejala sosial yang tidak bermaruah ini, jadi aku berasa terpanggil untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar iaitu dengan berusaha mengurangkan kegiatan zina ini. Tetapi pada hari ini, penulisan aku akan hanya memfokuskan kepada golongan wanita. Di bawah ini aku senaraikan 37 perkara yang perlu wanita fikirkan masak masak jika terdetik kata hati ingin berzina.
Ketika berzina
1) Zina adalah satu perbuatan yang mungkar yang menyebabkan engkau mendapat dosa besar. Allah murka
dan engkau akan dimasukkan kedalam neraka. Sedap.
2) Seiring dengan status zina yang merupakan satu perbuatan maksiat maka pelaku zina ini terpaksalah
bersetubuh di dalam belukar, bangunan terbiar dan hutan. Sumpah, tak selesa! Pasangan yang halal
berdua duaan di atas tilam empuk, engkau pula digigit nyamuk dalam kegelapan. Kena patuk ular baru
tahu padan muka.
3) Dan oleh kerana engkau takut terkantoi, maka terpaksalah buat cepat cepat. Orang lain buat sampai 30
minit, engkau pula setakat 5 minit sahaja. Tak terasa kenikmatannya. Lagi baik tunggu kahwin. Nak
tunggang terbalik pun boleh.
4) Nama pun zina. Benda salah! Jadi ada kemungkinan engkau akan ditangkap. Engkau ingat sedap kena
tangkap dan disoal pelbagai soalan menakutkan daripada pencegah maksiat tu?
5) Bila dah ditangkap, terpaksa la bayar ribuan ringgit atau dipenjara. Menurut Seksyen 61 (1) Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, seseorang yang disabitkan bersalah berzina akan dikenakan
''...hukuman denda tidak melebihi RM3000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau
kedua-duanya.'' Cuba engkau fikirkan, daripada engkau menghabiskan ribuan ringgit bayar pada kerajaan
dan menghabiskan mara berharga mereput dalam penjara, lebih baik engkau gunakan duit itu untuk
perkahwinan yang mudah dan halal.
6) Bila dah ditangkap, memang malu la dengan orang kampung. Mulut mereka pula caj Janda Anak Tujuh
maka pandai pandailah engkau sumbat telinga tu dengan kuali Astro.
7) Seperti yang aku cakapkan tadi, orang yang berzina ni terpaksa bergesa gesa maka kekasaran
kadangkala dilakukan si lelaki terhadap si perempuan. Sampai terkengkang kengkang perempuan tu
berjalan. Buat apa sakitkan diri?
8) Yang lebih epik apabila Allah takdirkan 'adik' si lelaki melekat dalam saluran vagina engkau. Dalam istilah
sains, ianya disebut sebagai Penis Captivus. Dalam sesetengah kes, pasangan yang melekat ini terpaksa
dibawa ke hospital untuk dipisahkan walaupun 'adik' si lelaki tadi sudah mengecut. Tak malu ke dengan
doktor dan jururawat yang ada disitu nanti?
Selepas berzina
9) Percayalah kata aku wahai perempuan bahawa engkau tidak akan lena tidur malam kerana risau akan
mengandung. Dan hal ini bukan untuk sehari dua saja tetapi kadangkala berlarutan sehingga dua tiga
minggu. Semua kerja tak jadi sempurna kerana risau. Jadi, buat apa nak sakitkan kepala?
10) Oleh kerana perangai pasangan engkau tak berapa senonoh, jadi besar kemungkinan dia mempunyai
Sexually-Transmitted Diseases (STD) dan telah menyebarkannya kepada engkau ketika sedang
gembira bermaksiat. Contoh contoh STD ini adalah seperti chlamydia, gonorrhoea, Genital warts, HIV,
sifilis, vaginitis, human papillomavris dan trichomoniasis. Ketika aku menyelongkar internet untuk
dijadikan bahan tulisan aku ini, aku terasa nak muntah tengok kemaluan perempuan yang dijangkiti
penyakit penyakit yang disebutkan bernanah, berdarah dan berwarna hitam. Jijik sangat! Mesti busuk
baunya. Engkau nak jadi macam itu?
11) Kadangkala bila lelaki itu dah dapat apa yang dia inginkan maka dia tinggalkan terus perempuan yang
dia tiduri. Ala-ala one-night stand. Meranalah hidup engkau.
Jika mengandung
12) Bila dah berbenih, maka engkau pun terpaksalah tipu mak bapak untuk mengelakkan tembelang pecah.
Kalau aku jadi engkau pun aku buat macam tu agaknya. Menipu kononnya ada penyakit misteri lah,
buatan orang lah, dikacau jinlah. Dan dapat lagi satu dosa : menipu. Semakin bertambah tempoh masa
engkau di neraka.
13) Kawan dekat tempat kerja, sekolah dan kawasan kejiranan pun mulalah mengata. Engkau tahu tahu
sahajalah kan yang berita baik tentang kita orang tak ambil peduli tapi benda busuk tentang kita, satu
dunia orang nak gemparkan. Bukan kita sahaja yang sakit hati, ahli keluarga pun sama terpalit malu dan
kesedihan.
14) Kalau yang bakal bergelar ibu itu budak sekolah, aku yakin 100% dia akan dibuang sekolah.
Memalukan nama baik sekolah saja. Kehidupan pun makin bertambah malap bila pendidikan tiada.
15) Tapi itu kira okey lagi. Kalau dihantarnya budak itu ke sekolah budak jahat macam mana? Terseksa
hidup tanpa orang yang tersayang seperti ahli keluarga dan sahabat rapat di waktu paling mencabar. Tak
ada tempat untuk mengadu nasib.
16) Kemungkinan besar kalau engkau beritahu si lelaki yang itu anak dia, dia tak akan mengaku. Dia akan
kata, ''kalau engkau boleh tidur dengan aku tak mustahil engkau tidur dengan banyak jantan lain''.
Terpaksa la engkau tanggung cacian seorang diri. Kalau aku jadi lelaki tu pun aku takkan mengaku
agaknya kecuali ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dijalankan untuk membuktikan itu anak aku.
17) Dan ada juga yang terfikir nak menggugurkan anak yang dikandung. Pemikiran salah ini kadang kala
dizahirkan. Maka semakin berdosalah mereka.
18) Perasaan sedih, kecewa dan tertekan kadangkala memaksa perempuan untuk membunuh diri. Maka,
semakin bertambah dosa yang dilakukan. Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi SAW maksudnya
''Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal didalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada didalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama lamanya. (Hadis riwayat al-bukhari dan muslim)
Semasa bayi luar nikah lahir
19) Untuk mengelakkan orang ramai terutamanya ahli keluarga tahu yang benih disemai ingin menetas maka
engkau terpaksalah beranak di dalam tandas atau semak. Mesti terseksa betul tak ada bidan yang
membantu, ubat untuk digunakan dan orang tersayang disisi. Semasa bermaksiat gembira berdua, ketika
melahirkan anak, berseorangan kesakitan. Sedihnya.
20) Ada pula tu emak bapak yang tak mengaku engkau sebagai anak mereka lepas apa yang terjadi. Lebih
dramatik bila mereka campak kain baju engkau suruh engkau berambus. Dah lah tengah sakit, kena
halau pula tu.
21) Tapi itu tak sedramatik babak ayah engkau nak bunuh engkau guna parang. Cuba bayangkan kalau tak
ada siapa pun yang nak tenangkan ayah kau? Pasal engkau dan pasangan engkau, ayah engkau bakal
jadi pembunuh.
22) Dan bila dah lahir anak engkau ini, makin banyaklah stok umpatan orang kampung. Mereka akan kutuk
sampai engkau rasa tak nak keluar dari rumah sampai mati.
23) Dan bila dah tertekan sangat tahap menonggeng, itu yang jadi kes buang bayi tu. Dicampaknya bayi
lemah tidak bermaya itu ke dalam longkang, tepi jalan dan tandas masjid. Dah dapat lagi satu dosa.
Sepatutnya anugerah Allah itu dipelihara dengan baik. Bukan semua orang bernasib baik dikurniakan
Allah dengan cahayamata.
24) Ada tiga kemungkinan terbesar yang mungkin berlaku terhadap bayi yang dibuang itu. Pertama, jika
yang menjumpai bayi itu terlebih dahulu adalah binatang karnivor atau pembangkai seperti anjing atau
biawak, maka ada kemungkinan sesetengah anggota badan bayi itu akan dimakan binatang binatang
tersebut. Bau darah yang terdapat pada bayi yang baru lahir menarik kehadiran binatang binatang ini.
Oleh sebab itu, kadang kala kita terdengar kes bayi dibuang dijumpai dengan tangan atau kakinya putus.
Sedihnya dengar berita berita sebegitu.
25) Kemungkinan kedua, ada orang yang akan jumpa anak engkau itu dan serahkannya kepada polis.
InsyaAllah, selamat bayi itu. Yang tak selamat itu engkau. Kertas siasatan akan dibuka dan sudah
pastilah engkau gelabah gila itik. Katakanlah Allah takdirkan engkau berjaya ditangkap kerana
membuang bayi, mereputlah engkau dalam tu. Dan derita engkau tak berakhir disitu. Aku pernah
terdengar orang kata kononnya penjenayah yang dihukum kerana melakukan perbuatan keji terhadap
kanak kanak seperti rogol atau liwat budak, dera dan buang bayi ini mendapat 'layanan istimewa'
daripada banduan banduan lain. Mesti engkau tak sabar sabar kan?
26) Dan kemungkinan ketiga, orang bukan islam yang jumpa budak itu dan dibesarkannya mengikut cara
hidup orang kafir. Hancur musnah iman budak itu. Engkau sebagai ibu sedikit sebanyak bersalah
terhadap cara hidup yang anak engkau lalui sekarang.
27) Setahun dua lepas, berita tentang gejala bayi ni amat popular di media. Malahan, media antarabangsa
juga melaporkan tentang gejala buang bayi di Malaysia. Orang bukan islam pun mulalah pandang hina
pada kita sedangkan selama ini orang melayu selalu berlagak kononnya merekalah yang paling berbudi
bahasa, bersopan santun, berpekerti mulia.
28) Kalau engkau tanam anak engkau yang telah mati kerana sebab sebab tertentu tanpa pengetahuan pihak
berkuasa, engkau boleh didakwa kerana menyembunyikan kelahiran dan menyembunyikan kematian.
Jika engkau tanam anak engkau hidup hidup (neonaticide), bukan sahaja engkau boleh didakwa dengan
kedua dua pertuduhan yang telah dinyatakan diatas, malahan engkau boleh didakwa mengikut Akta 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan sengaja dan mempunyai niat. Dalam kedua dua senario,
engkau akan menerima hukuman yang amat berat. Rasakan...
29) Tapi perkara yang paling menyedihkan bagi engkau adalah hakikat bahawa engkau tidak lagi mempunyai
peluang untuk membela, membelai, menyusukan, menemani anak yang engkau kandung dalam perut
menteneng selama 9 bulan. Semestinya engkau akan berasa sedih, bersalah, menyesal dan asyik
menangis ketika memikirkan.
Ketika anak itu membesar
30) Dalam kes bapa dia lari dan engkau membesarkan anak itu seorang diri, sudah tentu anak itu akan rindu
dekat ayahnya dan ingin belaian manja ayahnya. Dia akan asyik bertanya kepada engkau tentang
ayahnya, dimana dia berada dan sebagainya sampai engkau tak tahu nak bagi alasan apa lagi pada anak
engkau.
31) Oleh kerana budak sekolah sekarang ni mulut tahap makan penyepak dan selalu pasang telinga ketika
emak emak ada perjumpaan mengumpat maka mereka pun tahulah rahsia hitam anak engkau. Anak
engkau akan diejek 'anak haram', 'emak kau perempuan murahan' dan sebagainya. Semakin sakit hati
dan sedihlah hati anak itu yang sedia ada hancur.
32) Engkau pun sakit hatilah tengok anak engkau yang tak berdosa diperlakukan sebegitu rupa sedangkan
yang bersalah adalah engkau dan bekas pasangan engkau.
33) Anak anak ini apabila sakit hati, dia tidak akan melepaskan kebencian itu pada kawan kawannya itu.
Sebaliknya, dia akan melepaskan kebencian pada engkau yang dianggapnya sebagai punca kepada
segala perkara buruk yang berlaku pada dirinya. Jangan terperanjat jika anak sendiri panggil engkau
sebagai 'perempuan jalang' atau 'pelacur'.
34) Anak mula memberontak, tak belajar, bertumbuk dan berkawan dengan budak budak bermasalah.
35) Kadangkala kegiatan zina ini macam menjadi satu kitaran. Aku kenal satu keluarga ni (aku tak payah
cakap siapa dan engkau tak perlu ambil tahu hal orang) dimana emaknya dulu pernah berzina. Sekarang
ni, ketiga tiga anak perempuan dia pun berzina dan melahirkan anak luar nikah. Ini bukan berita bohong
ya. Sesiapa yang rapat dengan keluarga aku kenallah siapa yang aku maksudkan ni. Persoalan yang
timbul disini, adakah engkau mahu tindakan zina engkau ini dicontohi anak anak engkau, cucu cicit
engkau dan warisan engkau yang seterusnya?
Semasa nak kahwin (jika lelaki yang engkau ingin kahwin adalah lelaki lain, engkau pula tiada anak dan dia beranggapan engkau masih dara)
36) Dimalam pertama, apabila si lelaki perasan yang engkau tidak berdarah maka tahulah dia bahawa dara
engkau telah dipecahkan lelaki lain. Pecah tembelang sudah. Bergaduhlah nampaknya.
37) Yang lagi teruk jika si suami ceraikan engkau malam itu juga kerana berasa tertipu. Alangkah sedihnya.
Tak sempat pergi Pulau Jeju untuk bulan madu.
Nota :
1) Bukan semua yang aku senaraikan disini akan berlaku pada perempuan yang berzina. Tetapi selamat bagi
aku katakan bahawa sekurang kurangnya 5 daripada 37 perkara ini akan berlaku pada mereka.
2. Aku memfokuskan post ini kepada golongan wanita bukan kerana aku merasakan perempuan yang
bersalah atau menggatal. Sebab sebab yang sebenar adalah :-
i) Dalam kebanyakan hal ini, lelaki diklasifikasikan sebagai golongan penipu manakala perempuan adalah
golongan yang ditipu. Lebih baik mengingatkan orang yang mudah tertipu.
ii) Perempuan menerima lebih banyak kesan berbanding lelaki. Merekalah yang mengandung, sakit, selalu
dicerca dan sebagainya. Aku tak ada banyak idea nak ditulis pasal lelaki.
iii) Perempuan lebih minat membaca berbanding lelaki.
3. Aku tak masukkan huraian huraian undang undang dan saintifik dalam blog post sepertimana yang aku
selalu buat dalam nota facebook aku sebab engkau bukan minat pun aku berfakta sangat. Lagipun
susahlah nak terangkan dalam bahasa Melayu benda yang aku belajar dalam bahasa Inggeris. Kalau tulis
dalam dwibahasa pula nampak serabai.
4. Kepada mana mana blog yang ingin menyalin artikel ini, mohon kredit diberikan kepada blog Cakar Ayam.
Comments