Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tak ramai yang tahu … mungkin tak ada yang tahu pun sepatutnya aku ini dah jadi seorang Doktor yang mungkin menjadi pensyarah kepada Blogger Fatin Liyana. Kalau tak silap pernah tulis cerita ini dalam entri entah berapa tahun yang lepas … tapi bila terbaca entri Dr. Fatin Liyana teringat kembali nostalgia lama.
Masa kecik-kecik dulu ingat kerja doctor ni simple. Cek dada, bagi ubat, suruh patient balik. Ulang-ulang benda yang sama. Bila dah remaja pulak ingat kerja doctor ni macam neraka dunia. Kena buat operation, sambut baby lahir, tak tidur berhari-hari sebab kena jaga patient (overrated sangat) – Fatin Liyana
Dalam sejarah hidup memang tak pernah pun ada cita-cita nak jadi Doktor … aku orang kampung abis tinggi pun nak jadi cikgu, polis atau askar. Lainlah adik aku nak jadi Perdana Menteri … sampai sekarang jadi bahan bualan pakcik-pakcik bila berkumpul hari raya.
Habis SPM dapat offer buat special training untuk pergi oversea. Masa isi borang pilih tiga jurusan semuanya aku pilih jurutera tapi tak de rezeki dapat Business Study di Indiana University, USA. Kebetulan masa tu ekonomi Malaysia tengah gawat ramai yang balik menganggur terutama lepasan Business Study. Kepala otak aku bergerak pantas memikirkan cara nak keluar jadi pilihan terbaik tukar kursus dari Business Study kepada Doktor.
Sebab aku tukar kursus maka JPA hantarlah aku ke UKM. Setahun buat matrikulasi di Sekolah Alam Shah, Cheras kemudiaan sambung di UKM, Bangi. Setahun di UKM beratus pelajar berjuang untuk layak masuk kursus Kedoktoran tapi tidak untuk aku sebab sebenarnya bukan aku nak jadi Doktor. Manusia merancang tuhan menentukan ingatkan belajar main-main boleh lepas rupanya aku terpilih ke UKM, Jalan Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kedoktoran.
Pendek kan cerita selepas dua minggu jadi pelajar berubatan aku ambil keputusan keluar daripada kursus kedoktoran. Kawan-kawan aku sekarang semua samada dah jadi doktor pakar, pensyarah dan ada juga dah kaya raya buka klinik. Bayangkan kalau aku sambung belajar mesti dah jadi Doktor dan sangat tak mustahil aku menjadi Doktor Pakar Perubatan dan Pensyarah yang akan membuli Dr. Fatin Liyana dan bini Bro Framestone. Mungkin Allah dah tahu niat buruk aku maka dialihkan hati aku.
Kami ibu bapa menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern Loo untuk menukar jurusan bidang perubatan tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan sehingga membunuh diri – Sumber
Bila duduk sorang-sorang mesti senyum sebab akhirnya Allah takdirkan aku jadi usahawan kecil-kecilan walaupun tak minat nak buat kursus Business Study. Kalau tak jadi usahawan mesti aku dah jadi Doktor macam Dr. Fatin Liyana. Tu lah perancangan ALLAH lagi hebat. Kalau tak boleh buat jangan paksa takut jadi macam kes bunuh diri Aivern Loo.
Bagaimana pulak kisah kerjaya anda … ada tak yang belajar lain tapi kerjayanya lain??
Comments