Skip to main content

Pelbagai Ragam Pak Guard Tahun 2013


 
Tahun 2013, Warna-Warni Kerjaya ''Pak Guard'
 Tahun 2013 bakal meninggalkan kita tidak beberapa lama sahaja lagi. Hanya tinggal sebulan lebih untuk kita melangkah masuk ke tahun 2014 yang juga telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia.
Biarpun tahun ini tidak dikhaskan untuk apa-apa acara besar, namun ia sesuai digelar sebagai ‘Tahun Pak Guard’ kerana golongan yang berkerjaya seperti itu begitu glamor tahun ini dengan pelbagai kisah suka duka.
Gelombang kisah berita mengenai Pak Guard dikejutkan dengan istei Norshahrul Idlan Talaha, Siti Aisya Adam apabila kisah pertikaman mulutnya dengan Pak Guard yang bernama Azman Mohd Nayan mengejutkan rakyat seluruh negara.
Semuanya berlaku hanya kerana kedegilan isteri Mat Yo yang meletakkan kereta di tempat yang tidak dibenarkan.

Isteri Mat Yo Rakam Pertengkarannya
Ekoran tindakan Azman menegur dan memintanya mengalihkan kenderaan tidak mahu dituruti oleh Siti Aisya, dia terus merakam adegan itu dan video rakaman itu menjadi viral di seluruh negara di laman YouTube.
Bertubi-tubi kritikan diterima oleh isteri Mat Yo yang dalam video itu mengeluarkan kata-kata kesat untuk pakcik Azman.
Kata-kata seperti pakcik dayus, pakcik bodoh dan saya tak bodoh hanya mengundang lebih banyak cacian kepada Siti Aisya kerana perilakunya yang dianggap biadab dan tidak menghormati orang tua.
Akhirnya, pakcik Azman disanjung dan disokong penuh oleh rakyat Malaysia serta popular seluruh negara.
Ramai pelancong, penumpang, artis dan juga ahli politik kemudian datang dan bergambar dengan pakcik Azman kerana tindakan beraninya bertindak ke atas Siti Aisya kerana melanggar peraturan.
Dengar khabarnya, sekarang pakcik Azman sudah mendapat tawaran berlakon drama pula.

Kes Bunuh Norazita Abu Talib
Selepas itu, label kerjaya Pak Guard dikejutkan pula dengan tindakan seorang warga Indonesia Laode Ardina Laode Rasila yang menembak mati Pegawai Operasi Ambank USJ Sentral Norazita Abu Talib di Subang Jaya dengan pump-gun.
Kemudian, dia melarikan wang tunai dari bilik kebal bank itu berjumlah RM450,000.
Suspek menembak Norazita ketika pegawai itu dan rakan sekerjanya sedang membuka bilik kebal bank berkenaan pada kira-kira pukul 6 petang, 23 Oktober lepas.
Hasil siasatan, suspek menggunakan Mykad palsu dengan nama Ardi Hamza yang berasal dari Sabah padahal dia berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Suspek akhirnya berjaya ditahan di Kampung Belungkor di Kota Tinggi, Johor selepas 19 hari menjadi buruan polis.
Selepas kes itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil keputusan tegas dengan membatalkan terus lesen syarikat kawalan keselamatam suspek, Kawalan Prima.
KDN kemudiannya memutuskan untuk memeriksa semua kad pengenalan dan identiti pengawal keselamatan warga asing untuk mengenalpasti siapa yang menggunakan identiti palsu.

Rompak Kedai Emas di KL Festival City
Ketika suspek Ambank masih diburu polis, seorang pengawal keselamtan warga Filipina dengan Mykad palsu pula merompak sebuah kedai emas di pusat membeli-belah KL Festival City di Setapak, Kuala Lumpur.
Suspek itu juga bersenjata namun tidak ada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.
Kejadian pada 31 Oktober itu berlau pada pukul 9 pagi.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas suspek di Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT), Sepang beberapa hari selepas kes itu.
Nazar Si Penyokong Pasukan Tok Gajah
Kemudian, kerjaya Pak Guard kembali bersinar dengan berita yang menggembirakan.
Seorang Pak Guard Abdul Majid Abdul Hamid, 57 tahun yang merupakan penyokong setia pasukan bola sepak Pahang membayar nazarnya apabila Pahang berjaya memenangi Piala Malaysia untuk berjalan dari Kuantan, Pahang ke Shah Alam di Selangor.
Abdul Majib sebelum itu bernazar jika Pahang berjaya memenangi Piala Malaysia selepas 21 tahun, beliau akan berjalan kaki dari negeri asalnya ke stadium perlawanan akhir itu yang jaraknya ialah 280 kilometer.
Beliau memulakan perjalanan pukul 6.45 pagi Rabuu lepas dengan hanya berbekalkan RM60, Jalur Gemilang, bendera Pahang serta beberapa helai pakaian.
Abdul Majid melakukan perkara itu dengan rela hati tanpa apa-apa niat dan dia dijangka tiba di Shah Alam pada Selasa depan.
“Selepas solat Subuh pada 1 November lalu, saya menadah tangan memohon agar Piala Malaysia dimenangi Pahang dan akhirnya pasukan kesayangan saya berjaya menjulang piala itu di Stadium Shah Alam.
“Jadi saya bernazar memulakan perjalanan di Masjid Negeri kerana di situ saya berdoa dan ia menjadi kenyataan di Stadium Shah Alam,” katanya.
Beliau tiba di perkarangan Stadium Shah Alam pada pukul 12 tengahari semalam dengan disambut oleh lebih 300 penyokong setia pasukan Pahang.
Lebih menggembirakan, kejayaannya itu turut diiktiraf Malaysia Book Of Record dan beliau turut dihadiahkan dengan pakej untuk menunaikan umrah.

 

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam