Skip to main content

Datuk Siti Nasihat Menteri Belia Dan Sukan 'Jangan Biadap'

10-Siti-Nurhaliza-Bekas-Isteri-Datuk-K-Sudah-Berbaik-ROTIKAYA       

Siti Nasihat Khairy Agar Jangan Biadap
 
 
Apabila penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, ramai mengaitkannya dengan isu pergeseran antara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.
Tak kurang juga melihat Siti sebagai melenting kerana Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah merupakan sultan di negeri kelahiran penyanyi tersebut.
Bagaimanapun dalam satu jawapan kepada Twitter pengikutnya, Siti memberi tanda bahawa kritikannya itu merujuk kepada tindakan Khairy meminta bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir agar tidak masuk campur urusannya sebagai menteri dengan FAM.
 
Fullscreen capture 11122013 63006 PM
 
Sebelum ini Khairy pernah menyifatkan Jamal sebagai ‘budak suruhan’ FAM apabila pergeserannya dengan persatuan bola sepak tersebut dikritik Jamal namun dakwaan itu dinafikan.
Selepas penafian dibuat Khairy dilaporkan mengeluarkan pula kenyataan di media,
“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!”
Dalam Tweet lain, Siti turut menegaskan bahawa pendapatnya itu dibuat atas kapasiti rakyat biasa yang memerhati.
Apa pun, semoga Khairy dan FAM dapat duduk semeja secepat mungkin bagi menyelesaikan segala kekeruhan demi kepentingan bola sepak dan sukan tanahair. – REM RAMZI
 

Comments

Anonymous said…
Belum pun setahun jadi Menteri... ingat kedudukan anda yang di lantik oleh PM di pilih oleh rakyaat...

Macam nak lepaskan demdam ataupun geram je kat FAM ...tempohari kat Pesatuan Sepak Takraw sampai keluar statement nak tarik/kurangkan peruntukan.....

APA PUNYA MENTERI LE YG ADA KAT KABINET TOK NAJIB SEKARANG NIE..
DAH MACAM NAK JADI HERO TAMIL....
Anonymous said…
Memang patutpun sound FAM dan datuk Jamal Nasir tu. NI bukan soal biadap, ini soal memperjuangkan kebenaran bagi generasi baru. tak boleh terus menerus hidup dgn corak attitude yg FAM bawa sekarang.

Komen anda diatas ni bersifat berat sebelah tanpa memikirkan rasionalisma dan kejujuran. Tuhan bagi akal, gunalah.

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam